Pelajar UPM perkenal inovasi baja organik, perkasa pertanian lestari komuniti Kampung Sungai Bunyi
Sekumpulan 30 pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), Universiti Putra Malaysia (UPM), termasuk dua mahasiswa antarabangsa, memperkenalkan inovasi penghasilan baja organik yang berpotensi mempercepatkan proses penguraian kompos kepada komuniti Kampung Sungai Bunyi, Pontian, Johor.